Bitcoin itu tipu sebab tiada pengasas.

October 14, 2017

Bayangkan seorang superhero mendedahkan identiti nya. Sebagai contoh semua orang tahu Peter Parker adalah seorang #Spiderman yang menyelamatkan ramai orang. Apa yang akan terjadi kepada Spiderman?


Untuk orang2 biasa, kebanyakan akan mintak sign. Spiderman akan jadi artis. Pergi mana pun kena eskot. Dulu menyelamatkan orang..lepas popular kena ada bodyguard plak. Apa pun tak boleh. Atau mungkin jugak orang ramai akan gelak. Haha. Peter parker si lembik tu jadi Spiderman. Boleh percaya ke?

Untuk orang2 jahat pulak, mesti semua nak aim Spiderman. Hidup tak aman lagi. Nak kerja pun tak boleh..makan pun tak boleh, kehidupan dengan family pun dah tak seperti biasa.

Kemungkinan yang sama akan berlaku kepada "#ShatoshiNakamoto" jika dia mendedahkan identiti nya. Semua bank2 akan aim shatoshi nakamoto pada awal kemunculan bitcoin. Dan akhirnya bitcoin tak kan menjadi seperti sekarang. Bitcoin pasti terhapus sebelum bitcoin berkembang jika pengasasnya diketahui sejak awal kemunculan nya.

Pada masa ini, semua orang tahu adalah mustahil untuk memberhentikan atau menghapuskan bitcoin. Ini kerana bitcoin berada di dalam internet sebanyak lebih 16juta bitcoin. Jika ingin menghapuskan bitcoin kita perlu menghapuskan internet. Kita semua tahu dan sedar yang internet sudah pun menjadi keperluan dalam kehidupan seharian kita, bukan lagi kehendak. Jika internet dihapuskan, maka banyak lah kerja yang akan tergendala nanti. Emel tak boleh dihantar, tak da #facebook, #whatsapp, #twitter dan #instagram (boleh putus nyawa), no #online #shopping dan sebagai nya. Disebabkan itu adalah mustahil untuk menghapuskan #internet dan bitcoin.

Kesimpulannya, Bitcoin bukan tidak mempunyai pengasas, cuma identiti pengasasnya perlu dirahsiakan untuk teknologi ini berkembang dengan lebih baik. Undang2, peraturan dan guideline tentang penggunaan bitcoin yang baik mampu membawa kita ke arah kehidupan yang lebih maju. Bitcoin adalah matawang yang dikawal oleh penggunanya sendiri. Kita perlu menggunakannya sebaik mungkin untuk mendapatkan manfaat dari teknologi ini. Teknologi yang dicipta oleh Shatoshi ini mampu menambah baik sistem #kewangan kita sekarang yang mengamalkan #riba dan #hutang untuk mencetak wang.

With the greater #Power and greater #Responsibility and Real #attraction,
#Bitcoin

No comments:

Powered by Blogger.