Bitcoin Bukan Untuk Penjenayah Sahaja
Bitcoin bukan saja digunakan untuk jenayah, tp jugak digunakan untuk derma.
Baik atau buruk sesuatu benda adalah bergantung kepada manusia tu sendiri. Bukan nya benda tersebut. Manusia dikurniakan akal untuk berfikir dan menilai.
Sebagai contoh dadah. Dadah boleh digunakan oleh seorang doktor untuk merawat pesakit. Dadah juga boleh digunakan oleh penjenayah untuk jual beli dadah. Jadi saya ingin bertanya, adakah salah dadah itu sendiri jika ia digunakan untuk kegiatan jenayah?
Bitcoin adalah seperti syiling 10 sen yg diuat pada tahun 1970. Pada tahun 1970 syiling tersebut bernilai 10 sen. Tapi kalau sekarang anda ingin membeli syiling tersebut adakah ia nya masih bernilai 10 sen? Tak mungkin. Sebab syiling 10 sen yang dibuat pada tahun 1950 sudah sukar untuk diperolehi. Jadi harga nya mungkin bernilai RM 10 sekarang.
Bitcoin juga susah untuk diperoleh sebab proses halving bitcoin. Semakin hari, bitcoin yang digali semakin sikit. Namun permintaan terhadap bitcoin semakin tinggi. Jadi harga bitcoin pun menjadi semakin tinggi disebabkan ia adalah limited. Memang betul bitcoin tak dikawal oleh mana2 negara sebab bitcoin dikawal oleh pemilik bitcoin itu sendiri. Jika saya ingin menjual 1 bitcoin pada harga rm 100, dan anda bersetuju jadi lah pertukaran barang di situ.
No comments: