Apa Terjadi Jika Hard Fork Bitcoin Berlaku?

8 years ago




Salam
Sebelum ni saya ada menulis tentang Apa itu Hard Fork dalam Bitcoin. Sila baca post tersebut terlebih dahulu untuk lebih paham apa itu Hard Fork sebelum membaca post ni. Secara ringkas nya hard fork itu ialah

Node yang belum upgrade tidak dapat sahkan block yang telah dibuat oleh node yang telah di upgrade. 

Saya ambil contoh sim kad. Dulu kalau beli handphone kita boleh letak sim kad 3G besar gedabak dalam handphone. Tapi untuk handphone zaman sekarang ni sim kad yang gedabak tu dah tak muat dan handphone zaman sekarang dah pakai 4G. Jika tak standardize maka tak boleh la pakai sim kad tu sampai kiamat. Begitu lah perumpamaan nya.

Node2 yang ada kena upgrade dan standardize.

Apa terjadi kepada Bitcoin yang saya ada?



Setiap bitcoin yang anda ada akan terbahagi kepada 2 yang mungkin namanya Bitcoin Classic dan Bitcoin. Jika korang menyimpan Bitcoin menggunakan private key masing2 iaitu menyimpan dalam wallet bitcoin korang di dalam smartphone atau komputer, korang akan mempunyai akses kepada kedua2 asset ini (Bitcoin Classic dan Bitcoin). Berlainan pula kalau korang simpan dalam exchanger, Exchanger yang akan menentukan sama ada korang akan dapat Bitcoin Classic atau Bitcoin. Bagaimana pun kebanyakan Exchanges yang popular akan support kedua2 bitcoin ini jika Hard Fork terjadi.

Jika korang masih menyimpan Bitcoin di Exchange, korang tak boleh guna Bitcoin korang selama 24 jam atau bergantung kepada Exchange itu sendiri. Akaun korang di Exchanger akan dibekukan buat sementara waktu semasa Hard Fork terjadi.

Perlu diingatkan yang duit/Bitcoin yang korang simpan dalam Exchange tu bukan milik korang sebab bukan korang yang pegang private key. So jangan simpan Bitcoin di Exchange. Guna kan wallet bitcoin seperti Blockchain wallet. Dah berkali saya bagi tahu ni.

Apa perlu saya buat? 

Korang tak perlu buat apa2. Jika terjadi hard fork kita wait and see saja. Yang akan effect ialah Miner saja. Mereka perlu decide protokol apa yang mereka patut guna selepas Hard Fork. So buat transaksi seperti biasa. Tak perlu cuti dari buat transaksi. 🤣🤣 Cuma pada masa Hard Fork tu terjadi kemungkinan akan ada masalah dalam transaksi tersebut ( cth lambat ). Yang utama Bitcoin masih ada cuma mungkin lambat sikit untuk disahkan berbanding hari2 biasa. Relax and chill. Hard Fork akan terjadi untuk 1 hari saja yang kemungkinan jatuh pada 1 Ogos atau 2 Ogos. So transaksi boleh dilakukan seperti biasa.

Harga bitcoin juga akan jadi tak menentu. Jadi inilah risiko yang perlu korang hadapi bila invest dalam bitcoin. Jika korang tanya pendapat saya, saya masih merasakan peluang untuk harga Bitcoin untuk naik lebih tinggi walaupun sekarang ni masih dalam correction mode. In short, harga mungkin akan jatuh sampai $1900 sebelum naik lebih tinggi. So ready to take the risk. Kalau tak berani ambik risiko jangan simpan. Meh jual sini. Hihi

Kalau takut dilambung ombak, jangan berumah di tepi pantai. Korang ingat Bill Gate, Roger Ver, Richard Branson tu semua invest dalam bitcoin untuk jadi miskin ke. SELAMAT BERFIKIR.

P/s: Jika korang nak simpan bitcoin untuk jangka masa lama, contoh untuk 5 tahun akan datang boleh la simpan bitcoin tu secara offline.

Leave a Comment

Powered by Blogger.