Step 6: Tukar Bitcoin ke RM
Salam.
Hari ini saya nak share bagaimana nak cash out Bitcoin di Luno. Sebelum ni saya dah share . share cara untuk Daftar Akaun di Luno dan Deposit Duit ke Wallet Luno dan Beli Bitcoin di Luno dan Cara Hantar Bitcoin ke Wallet Bitcoin dari Luno Apps, Cara nak hantar Bitcoin dari wallet (Contoh Blockchain wallet) ke Luno Bitcoin Wallet. Sila rujuk semula post berkenaan.
1. Step yang pertama, buka apps Luno di smartphone korang dan tekan icon ke 4 iaitu button "More"
2. Step seterusnya korang akan lihat screen seperti yang di dalam gambar di bawah. Sila pilih "Sell Bitcoin"
3. Untuk step seterusnya, pilih sebanyak mana bitcoin yang nak dijual. Dibawah tu akan tertulis banyak mana nilai bitcoin yang korang nak jual tu dalam ringgit.
4. Step ke 4 tekan saja button merah tu
5. Step seterusnya masukkan pin code korang
6. Step ke 6 selesai proses untuk jual Bitcoin. Sekarang kita akan teruskan untuk masukkan nilai ringgit ke bank untuk kita cash out.
7. Akan tertera nilai ringgit yang ada dalam wallet. Tab beberapa kali jika masih belum keluar seperti yang dalam gambar. Pilih icon yang nombor 3 seperti yang saya bulatkan untuk withdraw atau cash out duit ke bank.
8. Pilih bank yang korang nak pakai. Saya pilih CIMB.
9. Pilih MYR wallet ( Tab di arrow untuk melihat pilihan wallet yang ada).
10. Tekan button merah.
11. Tekan button merah untuk ke step seterusnya
13. Selesai proses untuk withdraw Ringgit ke bank melalui akaun Luno. Korang kena tunggu beberapa hari sebelum duit tersebut masuk ke dalam akaun bank masing2
14. Korang juga akan mendapat emel dari Luno berkenaan dengan pengeluaran duit dari akaun Luno.
Itu saja untuk cash out bitcoin ke ringgit. Nantikan next post dari saya.
- Acryptoz -
Ilmu crypto di hujung jari
No comments: