Kenapa Transaksi Bitcoin Ambil Masa Yang Lama Untuk Masuk ke Wallet

May 31, 2017
Disebabkan yang pm saya tanya kenapa bitcoin yang mereka transfer tak masuk wallet lagi, jadi saya tulis entry ni. Ada downline saya yang transfer dari blockchain wallet ke wirex kad mengambil masa hampir seminggu untuk masuk ke kad.

Kalau kita tengok dekat blockchain, banyak transaksi bitcoin yang belum confirm. Jadi sebab tu lah bitcoin belum masuk/lambat masuk ke wallet/ kad debit. Setakat ni ada 2.91 transaksi setiap 1 saat. Bayangkan lah, setiap transaksi mesti confirm sebanyak 3 kali. 


So nak tengok status transaksi kita kat blockchain boleh tengok kat detail transaksi seperti yang kat bawah ni. Tengok dekat status. Kalau tulis Pending, 1/3 confirmed, 2/3 confirmed dan 3/3 confirmed maksudnya bitcoin masih lagi on the way. Harap bersabar. Kalau tulis Confirmed baru la dah sampai. Lepas tu boleh tekan verify on blockchain.info untuk tengok perjalanan bitcoin tu. 


Kalau tak paham bab teknikal tak payah tengok pun tak pe. Buat pening kepala saja. Cukup sekadar tengok kat status je.

Transaksi ni dimasukan dalam block 468545 untuk disahkan 

Bila blockchain ada banyak transaksi belum confirm, untuk transfer bitcoin ke wallet yang same tak de masalah, tak perlu tunggu. Tapi bila transfer ke wallet lain kena tunggu. Contohnya saya transfer dari wallet luno ke wallet luno kawan saya, takkan pending atau ambil masa untuk masuk ke wallet. Tapi kalau dari luno nak transfer ke wallet blockchain akan ambil masa untuk masuk ke wallet sebab perlu verification dari blockchain untuk sahkan transaksi. Dan depend la berapa banyak yang kita nak transfer jugak. Selalu kalau transfer sikit lagi lambat dari yang transfer banyak. Tu ikut pemerhatian saya. 

Sekian
Suriani Bitcoin

2 comments:

  1. salam. sy nak tanya duit bitcoin tu memang ambil masa yg lama ke untuk masuk akaun kita ? takut pula kena tipu xmasuk2 dalam akaun

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi farhanah. Dia bergantung kepada kesesakan transaksi di blockchain.jika ramai yang transfer masa tu, kemungkinan boleh sampai 1 ke 2 hari. Jika tak ramai 10 minit pun dah boleh sampai. Boleh tau awak transfer dari wallet mane ke mane

      Delete

Powered by Blogger.