Apa itu Blockchain?

May 18, 2017
Blockchain adalah lejer awam yang mampu menyimpan data kewangan bitcoin, smart-contract, token di antara komuniti untuk sesuatu projek, perjanjian/ surat pemilikan tanah atau rumah atau kenderaan, rekod untuk pilihan raya akan datang dan juga menyambungkan smart-device (IoT) di dalam rumah anda. Macam2 boleh letak dalam blockchain sebab blockchain adalah open source. Ianya boleh digunakan oleh semua orang tanpa perlu menjadi ahli mana2 persatuan. Nak simpan surat cinta dalam tu pun boleh. Haha



Dalam blockchain terdapat pelbagai maklumat mengenai bitcoin iaitu rekod transaksi bitcoin semasa, berapa wallet bitcoin yang telah di muat turun oleh pengguna, siapa pelombong bitcoin, block-block bitcoin yang telah diperolehi oleh company yang melombong,
Boleh refer blockchain.info



Bagaimana aplikasi Blockchain dalam kehidupan harian

1. Industri Hartanah
Blockchain juga boleh guna untuk hartanah. Cth kita beli rumah.semua surat2 perjanjian utk pembelian tanah @ rumah boleh disimpan dalam blockchain. Dan kita boleh akses semula bila diperlukan. Dokumen tu tak boleh di edit tanpa private key.

2. Industri Muzik
Dalam industri musik, blockchain digunakan utk mengelakkan cetak rompak. Ia mampu melindungi hak seorang artis penerbit dan pengarah.

https://cointelegraph.com/news/ibm-blockchain-focuses-on-music-rights-protection-in-new-trial

3. Industri Perubatan
Blockchain boleh digunakan utk bidang perubatan. Cth di hospital kita boleh gunakan blockchain utk rekod kan data pesakit. So bila pesakit ke hospital yang lain. Doktor dapat tahu rekod pesakit tanpa perlu surat. Ia nya adalah decentralized.
Kita juga boleh menyimpan rekod bagi insuran di dalam blockchain

4. Komuniti
Blockchain juga boleh digunakan utk mengeluarkan token untul komuniti. Jika ada company yang claim nak buat cryptocurrency tapi tak masuk coinmarketcap.com, hanya masuk blockchain, itu la token.. bukan cryptocurrency. Ia boleh didapati secara percuma tanpa perlu membayar apa2.

Macam2 lagi boleh pakai blockchain. Kesimpulanya, semua industri perlu mencuba untuk belajar apa itu blockchain sebab akan datang blockchain akan digunakan secara meluas. Ketinggalan akan menyebabkan bisnes anda merudum.

Ambil tahu, ambil kisah, ambil tindakan. Hari ini. Jangan tunggu lagi

No comments:

Powered by Blogger.