Bitcoin Wallet. Yang mana satu nak download?

April 21, 2017

Saya banyak menerima pertanyaan #bitcoin wallet mane nak guna. Masa saya hadir di #IEM talk pun ramai yang tanya pasal ni. Tapi speaker tak dapat bagi jawapan yang memuaskan. Mungkin sebab dia sendiri bukan pengumpul bitcoin.

Bitcoin wallet ada banyak. Kalau ada tengok kat #Playstore tu memang berderet. Tapi yang mana satu nak pilih?

Bitcoin wallet atau e-wallet ni macam #email kita. Ada banyak service provider. Ada #gmail, #yahoo mail dan #hotmail. Kita kena pilih yang mana satu paling selamat. Sebab nya hacker akan hack email kita dan ambil macam2 maklumat melalui email terlebih dahulu sebelum dia nk hack account yg lain.

Begitu juga dengan bitcoin wallet kita. Kena pilih paling selamat. Kita nak simpan duit kena simpan dalam peti besi supaya org tak ambil. Pada pendapat saya, saya pilih blockchain wallet untuk simpan bitcoin. Salah satu sebab nya wallet ni under blockchain. Bitcoin amat berkait rapat dengan blockchain. Blockchain di bina untuk pengguna seluruh negara. Jadi saya yakin semua investor2 website #blockchain mahu web tersebut menjadi tempat paling selamat kerana mereka bakal berhadapan dengan hackers seluruh dunia yg mereka tidak tahu potensi hackers tersebut sampai mana. Investor2 blockchain ni pasti tak nak, web yang mereka bina bernilai 61juta USD ni jatuh ke tangan orang lain.



Ada logik nya kan. Apa2 pun terpulang kepada anda untuk menentukan wallet mane nak pilih.

Sekian dari saya,
Suriani Bitcoin

🚀🚀🚀🚀🚀🚀🚀🚀🚀

No comments:

Powered by Blogger.